PERANCANGAN ICT

VISI
Memastikan warga Sekolah berupaya menggunakan dan mengaplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan tugas-tugas harian.

MISI
1.   Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap 
      aspek bagi  meningkatkan mutu pengalaman pembelajaran
2.   Memberi peluang kepada pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum 
      untuk menghadapi cabaran masa depan.
3.   Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi semasa dan masa depan.
4.   Menyediakan masyarakat Malaysia yang sentiasa peka terhadap perkembangan 
      dan pengatahuan tentang isu-isu semasa berkaitan ICT.

MATLAMAT
Mewujudkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan *Dasar ICT Kementerian Pendidikan Malaysia. *(Rujukan :Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010,Bab 8,BPPDP,Kementerian Pendidikan Malaysia,Kuala Lumpur,2002).

OBJEKTIF
1.   Meningkatkan pembangunan dan penggunaan infrastruktur ICT di sekolah.
2.   Mengaplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
3.   Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah melalui penggunaan 
      ICT.
4.   Mewujudkan suasana learning organization di sekolah melalui program-program ICT.
5.   Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap,sistematik dan berkesan 
      di sekolah.
6.   Mewujudkan sistem pembangunan sumber manusia di sekolah untuk menangani 
      cabaran dan keperluan perkembangan ICT dan K-ekonomi.

KUMPULAN SASARAN
1.   Kakitangan Sekolah (Pentadbir, Guru dan Staf Sokongan
2.   Murid - murid