PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG
Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Merlimau Satu siap dibina pada tahun 2003. Di dalamnya terdapat 25 buah Komputer dan server. Penglibatan guru dan murid dalam proses P&P berbantukan komputer amat menggalakkan. Selain itu, terdapat juga mata pelajaran Literasi ICT yang diajar oleh guru bahasa Inggeris tahun satu dan dua.
Semoga dengan adanya makmal komputer dan aktiviti yang dirancang dapat memberi manfaat kepada warga SKM 1 agar dapat merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.

RASIONAL
Memastikan warga Sekolah berupaya menggunakan dan mengaplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan tugas-tugas harian.

PERANCANGAN STRATEGIK MAKMAL KOMPUTER LIMA TAHUN 2011 - 2015
Objektif
1.   Meningkatkan pembangunan dan penggunaan infrastruktur ICT di sekolah.
2.   Mengaplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
3.   Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah melalui penggunaan 
      ICT.
4.   Mewujudkan suasana learning organization di sekolah melalui program-program ICT.
5.   Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap,sistematik dan berkesan 
      di sekolah.
6.   Mewujudkan sistem pembangunan sumber manusia di sekolah.

Strategi
1.   Menubuhkan Jawatankuasa ICT sekolah untuk menggubal dasar ICT serta merancang 
      dan memantau pelaksanaan aktiviti ICT sekolah.
2.   Jawatankuasa kerja berikut perlu di tubuhkan pada awal musim persekolahan 
      untuk melaksanakan aktiviti ICT yang di rancang.
3.   Ketua jawatankuasa akan mengenal pasti ahli Jawatankuasanya sendiri.

Pelan Tindakan
1.   Menghantar guru- guru untuk menyertai kursus ICT anjuran Jabatan Pelajaran Negeri 
      atau syarikat-syarikat swasta.
2.   Latihan untuk staf sokongan (semua) oleh guru terlatih.
3.   Menjalankan kelas literasi komputer untuk pelajar Tahun satu dan dua.
4.   Program Interaktif focusa.com (Internet) dan zoom-a untuk tahun satu hingga 
      enam.

Indikator Kejayaan
1.   Guru-guru dapat Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah 
      melalui penggunaan ICT.
2.   Murid-murid dapat menguasai kemahiran komputer.
3.   Dapat mewujudkan suasana learning organization di sekolah melalui program-program 
      ICT.
4.   Dapat mewujudkan sistem pembangunan sumber manusia di sekolah.
5.   Dapat merealisasikan pembestarian sekolah.