PERATURAN

Matlamat Mewujudkan Peraturan Makmal
1.   Memaksimumkan Penggunaan.
2.   Meminimumkan risiko penyelewengan dan kerosakan.
3.   Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa untuk pengajaran dan pembelajaran.
4.   Panduan untuk penggunaan ramai.

Peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna Makmal Komputer.
1.   Dilarang membawa beg,makanan atau minuman ke dalam Makmal.
2.   Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam Makmal kecuali dengan 
      keizinan Penyelaras ICT.
3.   Disket dari luar boleh dibawa masuk,tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.
4.   Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali 
      dengan keizinan penyelaras ICT.
5.   Murid dilarang melaraskan pendingin hawa.
6.   Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam Makmal.
7.   Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam Makmal tanpa guru pengawas.
8.   Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah 
      sebarang sambungan wayar pada komputer.
9.   Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil,bau benda terbakar,bahagian komputer 
      terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan dengan segera 
      kepada guru yang bertugas.Padamkan mana-mana suis yang perlu.
10. Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.
11. Tidak dibenarkan membawa liquid paper.
12. Dilarang membuat bising di dalam Makmal.
13. Dilarang mencetak,mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah, 
      menghina atau memfitnah pihak tertentu.
14. Dilarang mengubah sebarang settings dalam komputer.
15. Dilarang mengubah dan menambah perisian dan perkakasan.
16. Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan dalam 
     cakera keras.
17. Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru.
18. Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke Makmal komputer 
      hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log Makmal.
19. Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log komputer.
20. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal komputer.
21. Pengguna adalah dilarang sama-sekali berdua-duaan yang berlainan jantina di dalam 
     Makmal kecuali mempunyai urusan rasmi.

Keselamatan Pengguna
1.   Meja Komputer diatur dengan baik dan tersusun, sistem unit di tempat yang sesuai dan 
      mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti.
2.   Tempat duduk selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk 
      tegak untuk menghindari dari sakit pinggang.
3.   Kabel-kabel komputer diletakkan di tempat selamat dari laluan pengguna.
4.   Penapis cahaya monitor boleh digunakan untuk keselamatan mata pengguna.
5.   Laraskan kedudukan monitor dengan mata, monitor harus 18 ke 24 inci jauh dari mata.
6.   Pengguna perlu berehat selepas 2 jam menggunakan komputer dan melihat kehijauan 
     di luar untuk melegakan pandangan mata.
7.   Berehat sebentar jika mengalami sakit tengkok, sakit tulang belakang dan keletihan 
      kedua-dua tangan.
8.   Pastikan Makmal Komputer dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas.
9.   Jika casing perlu dibuka untuk kerja penyelenggaraan, pastikan sistem unit di 
      ‘shutdown’, matikan kuasa elektrik dan tanggalkan plug.
10. Elakkan dari memakai tali leher, barang kemas dan berambut panjang semasa itu.
11. Perhatikan jika ada wayar kuasa yang terdedah, tukar mana kabel kuasa yang rosak.

Keselamatan Perkakasan
1.   Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari Makmal Komputer 
      tanpa kebenaran.
2.   Jika ada bunyi ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar, kenalpasti komputer yang 
      terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa dinding yang bersambung ke komputer itu.
3.   Komputer yang rosak perlu diasingkan, dilabelkan dan dinyatakan perkara yang rosak 
      untuk tindakan seterusnya.
4.   Pastikan cakera liut disimpan di dalam kotaknya atau bekas bebas dari sebarang 
      benda asing, habuk dan kekotoran.
5.   Imbas cakera liut sebelum digunakan untuk mengelakkan sebarang virus.
6.   Padamkan suis pencetak selepas digunakan.
7.   Pengguna dikehendaki melaporkan sebarang kerosakan perkakasan kepada 
      Penyelaras.
8.   Kekisi dan tetingkap perlu dipasang untuk mengelakkan kecurian perkakasan berlaku.
9.   Sistem penggera kebakaran (sistem pengesan asap dan api) perlu dipasang untuk 
      mengelakkan kebakaran dari berlaku.
10. Pastikan disk cleaner dan cecair alkohol ada disimpan di dalam Makmal Komputer 
     untuk mencuci pemacu cakera yang kotor.

Keselamatan Komputer
1.   Sebaiknya suhu dalam Makmal Komputer tidak lebih daripada 40 C. Penggunaan 
      alat penghawa dingin adalah digalakkan.
2.   Komputer menggunakan alat pelaras arus elektrik (AVR atau UPS) supaya voltan 
      elektrik yang masuk ke komputer sentiasa terkawal dan stabil.
3.   Elakkan dari banyak menggunakan socket extension.
4.   Jika perlu memindahkan komputer, harus diingat sistem unit komputer agak sensitif. 
      Elakkan dari terhantuk , tergegar dengan kuat atau terjatuh.
5.   Semasa menggunakan komputer, tidak boleh makan, minum dan merokok.
6.   Jangan biarkan sistem unit terdedah terlalu lama tanpa casing.
7.   Gunakan can-air untuk kerja membersihkan habuk di bahagian dalam sistem unit.
8.   Tanggalkan plag 3 pin dari soket pada dinding setelah selesai menggunakan 
      komputer.
9.   Jangan menyambung apa jua kabel peranti (termasuk tetikus dan papan kekunci) 
      ke sistem unit tanpa sistem unit di shutdown.
10. Elakkan papan kekunci daripada tercemar kepada air dan habuk.
11. Jika perlu menyambung kabel ke sistem unit, lakukan secara berhati-hati supaya pin 
      kabel tidak bengkok, terpatah atau termasuk ke dalam.

Keselamatan Perisian Komputer
1.   Laporkan sebarang kerosakan perisian dan komputer berkenaan ditandakan.
2.   Elakkan (jangan) menyalin perisian luar ke dalam cakera keras komputer tanpa 
      kebenaran.
3.   Elakkan (jangan) membawa masuk perisian CD atau perisian dalam disket dari luar 
      ke dalam makmal tanpa kebenaran.
4.   Elakkan (jangan) menyalin perisian dari cakera keras komputer tanpa kebenaran.
5.   Kemaskinikan perisian anti virus dari semasa ke semasa.
6.   Perisian-perisian dalam komputer yang rosak atau tidak sempurna perlu dihapuskan 
     dan dibuat salinan semula ke dalam cakera keras.
7.   Jika terdapat laporan virus menjangkiti mana-mana cakera keras komputer, 
      kenalpasti komputer itu.
8.   Usahakan sesuatu untuk menyahkan virus yang menyerang.
9.   Lakukan aktiviti scandisk dan defrag untuk cakera keras komputer seelok-eloknya 
      sekali dalam sebulan.

Etika Penggunaan Internet
Pengguna Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi kesalahan untuk :-
1.   Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, 
      menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau 
      luar negara.
2.   Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan 
      di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan 
      antarabangsa.
3.   Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau 
      masyarakat secara keseluruhannya.
4.   Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, 
      skim piramid dan surat berantai serta lain-lain aktiviti yang dilarang oleh 
      Perlembagaan Malaysia.
5.   E-mel :-
      • Menghantar iklan yang tidak dikehendaki atau sebarang bentuk amalan 
         perdagangan yang mengelirukan.
      • Melakukan pengeboman e-mel (mail bombing) iaitu secara sengaja membanjiri 
         e-mel  seseorang dengan menghantar e-mel yang sama atau bersaiz besar.
      • Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita 
         (newsgroup) Perbuatan ini dikenali juga dengan newsgroup spam.
      • Memalsukan e-mel (forges headers) bagi tujuan mengelirukan penerima.
      • Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta 
         intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau 
         bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa.
6.   Menceroboh (hacking) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain. 
      Perbuatan dianggap sebagai pencerobohan.
      a)  Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada komputer atau 
           rangkaian komputer milik orang lain.
      b)  Menghalang identiti pengesahan pengguna atau ciri-ciri keselamatan mana-mana 
           komputer atau rangkaian milik orang lain.
      c)  Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada komputer host (to crash the host).
7.   Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak 
      atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.
8.   Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) mencuri 
      atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya.